← → atau klik · N nota · M senarai · F skrin penuh · L KOPI Live
IBSE Santai: Idea Kecil, Kesan Besar
AI sebagai pembantu guru Sains Menengah Rendah dan Atas, Fizik, Kimia dan Biologi
Muhamad Haziq bin Hasan 18 November 2026 · Dewan SMK Permatang Pasir
PAS MAKMAL KOPI 2030
PENCERAMAHC₈H₁₀N₄O₂
Kenali penceramah
Muhamad Haziq bin Hasan
Penolong Pengarah Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sektor Pembelajaran, JPN Pulau Pinang
📍 Hari ini: 18 November 2026 · Dewan SMK Permatang Pasir
Keluarkan telefon anda · KOPI Live
Satu perkataan yang terlintas bila dengar "AI dalam kelas sains"?
Perkataan anda akan muncul di sini…
KOPI Live
…/j
Imbas atau taip alamat di atas · tiada log masuk
0 jawapan
Misteri #1 · Tadi ais atas permukaan. Kini, ais dalam air.
Ais yang sama. Dua gelas air pada suhu bilik. Yang mana cair dulu?
Undi di telefon sekarang! Imbas kod QR →
0 undi · …/j
Berhenti sejenak · undi di telefon
Apa yang anda rasa sekarang?
🤔
Ingin tahu
"Mesti nak tahu jawapannya."
0 orang · 0%
😤
Mahu buktikan
"Saya rasa saya betul."
0 orang · 0%
🧐
Mula menyoal
"Bergantung pada apa ya?"
0 orang · 0%
0 undi · …/j
Itulah perasaan yang kita mahu murid rasa, setiap kali masuk kelas sains.
Pengakuan kecil
Misteri tadi, dan soalan-soalannya, saya rancang…
…bersama AI.
Masa diambil: kurang 10 minit. Tetapi saya tetap semak setiap fakta sebelum membawanya ke sini.
Sambungan bengkel · Daripada Inkuiri kepada Impak
IBSE, 5E, 6C dan SK@S sudah ada. AI membantu guru melaksanakannya dengan lebih pantas.
🔍 IBSE
AI jana fenomena dan persoalan inkuiri yang boleh diuji.
🔄 5E
Satu prompt KOPI untuk setiap fasa, Engage hingga Evaluate.
🤝 6C
AI cadangkan evidens yang boleh diperhatikan, bukan sekadar label.
🏫 SK@S
Guru kekal Perancang (4.1), Pembimbing (4.3) dan Penilai (4.5).
Less Teaching, More Thinking. Dengan AI: kurang masa menaip, lebih masa untuk murid berfikir.
Talk 1 · Kenapa AI?
Kita sudah tahu IBSE. Musuh sebenar ialah masa.
🔍
Cari fenomena
Misteri yang menarik bukan mudah dicari.
📝
Ubah amali
Tulis semula lembaran kerja makan masa.
❓
Bina soalan
Soalan bertahap perlu difikir teliti.
🙃
Jangka miskonsepsi
Apa murid akan salah faham?
AI membantu: bukan mengajar untuk kita, tetapi merancang bersama kita.
IBSE dalam satu ayat
Murid bertanya, menyiasat dan membina faham sendiri. Guru membimbing.
🚕
Pemandu teksi
Hantar terus ke destinasi. Penumpang tidur.
🧭
Pemandu pelancong
Tunjuk arah, tanya soalan, biar mereka meneroka.
Model 5E + AI · Klik setiap fasa
Fasa
Engage
Cetus rasa ingin tahu.
AI membantu guru:cadangkan misteri dan fenomena yang berlawanan dengan jangkaan.
Kunci 5E kekal: murid meneroka dulu, guru terangkan kemudian.
Alat yang kita ada · versi percuma
Empat pembantu, satu cara bertanya
✨
Gemini
Log masuk dengan akaun DELIMa. Pilihan pertama guru KPM.
💬
ChatGPT
Popular dan mudah digunakan.
📝
Claude
Baik untuk teks panjang dan lembaran kerja.
🧭
Copilot
Terbina dalam Microsoft Edge dan Windows.
Prompt yang baik berfungsi pada semua alat ini. Versi percuma ada had harian, jadi rancang lebih awal.
Cara guna · 5 langkah asas
Sama untuk keempat-empat alat
🔑
1 · Log masuk
Gemini: akaun DELIMa.
☕
2 · Taip prompt
Bancuh dengan resipi KOPI.
🔁
3 · Sambung
Perbaiki dalam perbualan sama.
🔎
4 · Semak
Fakta, keselamatan, kesesuaian.
📋
5 · Salin
Ke Docs, Slides atau Classroom.
Rahsianya: bercakap dengan AI seperti memberi taklimat kepada guru praktikal yang rajin, tetapi belum kenal murid kita.
Tips khusus setiap alat
Kelebihan kecil yang berguna
Alat
Tips
✨ Gemini (DELIMa)
Akaun sekolah sedia ada; hasil boleh dieksport ke Google Docs
💬 ChatGPT
Muat naik gambar lembaran kerja dan minta ia diubah suai
📝 Claude
Tampal teks panjang (bab, rancangan pelajaran) untuk diolah semula
🧭 Copilot
Dalam Edge: minta ringkasan atau soalan daripada laman web yang dibuka
Ciri versi percuma berubah dari semasa ke semasa. Cuba dulu sebelum bergantung padanya.
Prinsip sepanjang sesi
AI merancang
Idea, draf, senarai, data.
Guru menyemak
Setiap fakta, setiap soalan.
Murid berfikir
Inkuiri tetap milik murid.
Resipi prompt guru
Sebelum prompt, minum KOPI dulu ☕
Klik K, O, P dan I untuk membancuh prompt…
Burung merpati terbang tinggi, Hinggap sebentar di dahan jati; Konteks, output, peranan, instruksi, Bancuh KOPI, hasil pun pasti.
Contoh Fizik · Tukar dan lihat bezanya
Prompt
"Bagi aktiviti inkuiri untuk elektrik."
Kualiti hasil yang dijangka
Sesuai KSSM
Sesuai tahap murid
Guna alatan sedia ada
Sedia digunakan
Hasil umum, mungkin gaya luar negara, mungkin perlu alatan yang tiada.
Contoh Sains Menengah Rendah · Tukar dan lihat bezanya
Prompt
"Buat aktiviti tentang jirim."
Kualiti hasil yang dijangka
Sesuai KSSM
Sesuai tahap murid
Guna bahan sedia ada
Sedia digunakan
Contoh Kimia · Tukar dan lihat bezanya
Prompt
"Bagi aktiviti inkuiri asid dan bes."
Kualiti hasil yang dijangka
Sesuai KSSM
Sesuai tahap murid
Guna bahan sedia ada
Sedia digunakan
Contoh Biologi · Tukar dan lihat bezanya
Prompt
"Buat soalan tentang sistem peredaran darah."
Kualiti hasil yang dijangka
Sesuai KSSM
Sesuai tahap murid
Guna bahan sedia ada
Sedia digunakan
6 peraturan emas · Klik untuk terbalikkan kad
Hasil tak memuaskan? Jangan mula semula!
Prompt susulan paling berguna · klik untuk lihat kesannya
SebelumPilih satu prompt susulan di atas.
→
Selepas…
Contoh 1 · Engage · jana misteri · SK@S 4.1, 4.4
Prompt KOPI
PAnda guru Sains berpengalaman di Malaysia. KUntuk guru sains dewasa, ditunjuk melalui video tanpa makmal. ICadangkan 4 fenomena yang berlawanan dengan jangkaan: soalan ramalan, jawapan yang ramai salah teka, penjelasan ringkas. OJadual, Bahasa Melayu.
✨ Hasil AI · diringkaskan dan disemak
Ais: air tawar vs air garam, yang mana cair dulu?
Belon helium: ke mana bila kereta memecut?
Gelendong benang: ditarik, bergolek ke mana?
Gelang getah: memanjang atau memendek bila dipanaskan?
Ramalan · KOPI Live
Kereta memecut ke hadapan. Belon helium di dalamnya bergerak ke mana?
AKe belakang0%0 orang
BKe hadapan0%0 orang
CTak bergerak0%0 orang
KOPI Live
…/j
Imbas atau taip alamat di atas · tiada log masuk
0 jawapan
Daripada hasil AI ke kelas · Ramal – Perhati – Terang
Belon helium diikat di lantai kereta. Kereta memecut. Belon ke mana?
KIni amali Kimia Tingkatan 4 tentang kadar tindak balas: [tampal langkah]. Murid 40 orang, alatan terhad. PSebagai guru Kimia berpengalaman, Itukarkan menjadi inkuiri terbimbing: buang prosedur, kekalkan soalan siasatan, tambah 4 soalan bimbingan. OBahasa Melayu, 1 halaman.
✨ Hasil AI · diringkaskan
Soalan siasatan: Bagaimana kita boleh buat tablet larut lebih cepat?
Murid merancang sendiri: pemboleh ubah dimanipulasi, bergerak balas, dimalarkan.
Soalan bimbingan: Apa yang anda ubah? Bagaimana tahu ia "lebih cepat"? Apa yang mesti sama? Apa yang mengejutkan?
PAnda guru Fizik berpengalaman. KMurid Tingkatan 5, topik Elektrik KSSM. ISenaraikan 5 miskonsepsi paling biasa tentang litar elektrik: apa murid fikir, konsep sebenar, satu soalan ramalan yang mendedahkannya. OJadual, Bahasa Melayu.
✨ Hasil AI · contoh satu baris
Murid fikir: Arus "habis digunakan" oleh mentol, jadi arus selepas mentol lebih kecil.
Sebenar: Arus sama di semua titik dalam litar bersiri; tenaga yang dipindahkan.
Soalan ramalan: Ammeter sebelum dan selepas mentol: bacaan mana lebih besar?
Contoh 4 · Elaborate · inkuiri berasaskan data · SK@S 4.1, 4.4, 4.6
Prompt KOPI
PSebagai guru Biologi, Icipta set data rekaan tetapi realistik: bilangan gelembung oksigen seminit pada 6 keamatan cahaya, dengan satu data luar biasa, dan 3 soalan analisis. KMurid Tingkatan 4–5, tiada makmal. OJadual + soalan, BM.
✨ Hasil AI · data rekaan untuk latihan
Soalan: Apa coraknya? Kenapa graf mendatar? Apa berlaku pada bacaan ke-4?
KTopik Kegravitian, Fizik Tingkatan 4. PSebagai guru Fizik kreatif, Icipta 5 soalan "Bagaimana kalau…?" yang tiada jawapan terus dalam buku teks tetapi boleh ditaakul dengan konsep, dari mudah ke sukar. OSertakan jawapan ringkas untuk guru.
✨ Hasil AI · contoh
Bagaimana kalau graviti Bumi jadi separuh? Apa berlaku pada lompatan anda?
Bagaimana kalau Bulan dua kali lebih dekat?
Bagaimana kalau anda menjatuhkan bola di dalam lif yang jatuh bebas?
Masa bincang
Beritahu rakan sebelah: contoh mana yang anda akan cuba dulu, dan untuk topik apa?
Pengajaran utama prompting
AI hanya sebaik soalan yang kita tanya.
Lagi jelas soalan, lagi bernas jawapan. Sama seperti murid: soalan yang berkonteks menghasilkan pemikiran yang lebih baik.
Pengakuan kedua
Simulasi ais, kereta dan gelang getah tadi…
…dibina bersama AI.
Anda pun boleh, tanpa menulis satu baris kod pun. Kuncinya: resipi yang betul.
Dari teks ke alat interaktif
Empat langkah, tiada kod untuk ditulis
☕
1 · Prompt
Order KOPI-AIS: konteks, output, peranan, instruksi + animasi, interaksi, semak.
🧩
2 · AI tulis kod
Satu fail HTML: animasi, butang, gelangsar.
🔍
3 · Uji dan semak
Lihat terus di Canvas. Betulkan dengan prompt susulan.
📤
4 · Kongsi
Ke Google Classroom, atau simpan fail .html untuk dibuka di mana-mana pelayar.
✨ Gemini Canvas (akaun DELIMa)
Termasuk dalam Gemini for Education; hasil Canvas boleh dikongsi terus ke Google Classroom.
Alternatif
ChatGPT Canvas · Claude (artifacts)
Resipi lanjutan
Nak animasi? Order KOPI-AIS 🧊☕
KKonteks
OOutput
PPeranan
IInstruksi
+
AAnimasiApa yang bergerak atau berubah
IInteraksiApa murid klik atau ubah
SSemakSatu fail, luar talian, label BM, jelaskan andaian
Contoh: "Molekul air bergerak melalui membran [A]; gelangsar kepekatan larutan dan butang Mula [I]; satu fail HTML tanpa internet, label Bahasa Melayu, nyatakan andaian sains [S]."
KOPI-AIS · Fizik · Bandul ringkas (Tingkatan 4)
Prompt
PAnda guru Fizik dan pembangun simulasi. KMurid Tingkatan 4, topik ayunan bandul ringkas. IBina simulasi interaktif bandul ringkas. ABandul berayun lancar; tempoh dikira semasa. IGelangsar panjang tali 0.2–1.0 m, butang Mula/Henti. SSatu fail HTML tanpa internet, label BM, guna T = 2π√(l/g), nyatakan andaian sudut kecil. OPaparan bersih untuk projektor.
Tempoh, T = 1.55 s
KOPI-AIS · Kimia · Pentitratan asid-bes (Tingkatan 4)
Prompt
PAnda guru Kimia dan pembangun simulasi. KTingkatan 4: 25.0 cm³ HCl 0.10 mol dm⁻³ dititratkan dengan NaOH 0.10 mol dm⁻³, penunjuk fenolftalein. IBina simulasi pentitratan. AAras buret turun; warna kelalang berubah merah jambu selepas takat akhir; graf pH dilukis. IGelangsar isipadu NaOH 0–40 cm³. SSatu fail HTML, label BM, kira pH dengan betul, nyatakan andaian. OPaparan projektor.
pH = 1.00 · Tidak berwarna
KOPI-AIS · Biologi · Osmosis dalam sel darah merah (Tingkatan 4)
Prompt
PAnda guru Biologi dan pembangun animasi. KMurid Tingkatan 4, topik pergerakan bahan merentasi membran plasma. IBina animasi osmosis sel darah merah. AMolekul air bergerak masuk atau keluar; sel membengkak atau mengecut. ITiga butang: hipotonik, isotonik, hipertonik. SSatu fail HTML, label BM, istilah KSSM, jangan dakwa lebih daripada konsep asas. ORingkasan satu ayat untuk setiap keadaan.
Isotonik: tiada pergerakan bersih air; sel kekal normal.
PAnda guru Kimia dan pereka bahan bantu visual. KAmali penyediaan kuprum(II) sulfat daripada kuprum(II) oksida dan asid sulfurik cair, Tingkatan 4. IBina animasi prosedur langkah demi langkah sebagai taklimat sebelum amali. ASetiap langkah ada gambar ringkas yang berubah. IButang Sebelum/Seterusnya. SSatu fail HTML, label BM, nota keselamatan pada langkah berkaitan. ONombor langkah jelas.
1 / 6
Tips dan had animasi AI
Alat bantu visual, bukan pengganti amali
🔬
Semak sainsnya
Angka, formula, label dan arah gerakan. Animasi yang cantik boleh tetap salah.
📱
Uji di telefon
Buka sendiri di telefon murid sebelum kelas. Minta "sesuai skrin telefon".
🤯 Soalan sukar: gelang getah tergantung beban dipanaskan. Memanjang atau memendek?
Bila murid patut tanya AI: sebelum atau selepas mencuba?
AI di tangan murid · Rakan Socrates
Prompt yang guru beri kepada murid
Anda tutor sains yang tidak boleh memberi jawapan. Saya murid Tingkatan 4. Saya sudah membuat eksperimen ini: [huraian]. Pemerhatian saya: [pemerhatian]. Bantu saya membina Dakwaan, Bukti dan Penaakulan (CER) dengan hanya bertanya satu soalan pada satu masa. Jika saya salah, beri petunjuk, bukan jawapan.
AIApa berlaku pada air sejuk dari ais yang cair? Ia lebih ringan atau lebih berat daripada air garam?
MuridLebih ringan… jadi ia terapung?
AIBagus! Jadi apa yang menyelubungi ais itu? Bagaimana ia mempengaruhi kadar ais cair?
MuridLapisan air sejuk… jadi ais cair lambat!
Risiko dan cara mengawalnya
AI bukan tanpa masalah
Risiko
Cara mengawal
🌀 Jawapan salah ("halusinasi")
Guru semak setiap fakta; murid diajar menyemak sumber
📋 Murid meniru jawapan
Nilai proses: ramalan, pemerhatian, penaakulan
🛋️ Kebergantungan
Peraturan kelas: cuba dan fikir dulu, tanya AI kemudian
🔒 Privasi dan umur
Tiada data peribadi murid; patuhi syarat umur dan dasar sekolah
Guru tetap penilai akhir
🕯️ Lilin dalam pinggan berisi air ditutup gelas. Air naik. Kenapa?
😬 Jawapan biasa (buku dan AI)
"Oksigen habis digunakan, jadi air naik menggantikannya."
✅ Penjelasan lebih tepat
Udara panas dalam gelas menyejuk bila nyalaan padam, tekanan menurun, air ditolak masuk. Pembakaran juga menghasilkan CO₂ dan wap air.
AI belajar daripada apa yang ramai orang tulis, termasuk miskonsepsi.
KOPI Live · Jujur sahaja
Apa kebimbangan terbesar anda tentang AI dalam kelas sains?
Kebimbangan anda akan muncul di sini…
KOPI Live
…/j
Imbas atau taip alamat di atas · tiada log masuk
0 jawapan
Misteri untuk dibawa pulang · kerja rumah untuk cikgu!
Gelendong benang di atas meja. Benang keluar dari bawah, ditarik mendatar. Bergolek ke arah tarikan, atau menjauhi?
Air tawar: air cair yang sejuk lebih tumpat, lalu tenggelam. Air lebih panas naik menyentuh ais. Perolakan!
Air garam: air cair lebih ringan daripada air garam, terapung menyelubungi ais. Perolakan hampir tiada.
Hasil tugasan kumpulan anda · Langkah 1 · AI sebagai rakan semak
Prompt semak · tampal hasil tugasan
PAnda penilai rakan yang jujur dan membina, mahir IBSE, Model 5E, 6C dan SK@S Standard 4. KIni hasil tugasan kumpulan kami untuk murid Sains Menengah Rendah: [tampal topik, persoalan inkuiri, urutan 5E, 6C, SK@S, pentaksiran]. ISemak berdasarkan 5 perkara di sebelah. OJadual: Ya atau Belum, satu sebab, satu cadangan. Jangan tulis semula rancangan kami.
1 Soalan inkuiri jelas dan boleh diuji?
2 Fasa 5E mempunyai tujuan berbeza?
3 Murid membuat keputusan saintifik?
4 6C mempunyai evidens?
5 SK@S terlihat dalam amalan dan interaksi?
Hasil tugasan kumpulan anda · Langkah 2 · Jadikan bahan PdP
Prompt KOPI · sambung dalam chat yang sama
PAnda guru Sains berpengalaman di Malaysia. KGunakan rancangan PdP kumpulan kami di atas, untuk 35 murid Sains Menengah Rendah. IHasilkan [pilih satu dari menu]. Jangan ubah persoalan inkuiri kami. OBahasa Melayu mudah, sedia cetak, jawapan guru di halaman berasingan.
Satu bahan pada satu masa.
📄 Lembaran kerja murid: ramalan, jadual data, ruang CER
📊 Rubrik CER 4 tahap untuk Evaluate
❓ 3 fenomena Engage yang berlawanan jangkaan
🎞️ Animasi prosedur satu fail HTML (KOPI-AIS)
🧩 Versi murid lemah membaca
🤝 Kad peranan kumpulan + evidens 6C
🎁
Bawa pulang
Bank prompt KOPI sedia guna
Isi
Bank Prompt KOPI (PDF): prompt 5E, contoh Sains Rendah, Fizik, Kimia, Biologi, prompt hasil tugasan kumpulan, rakan Socrates. Juga slaid ini.
Cara guna
Imbas kod QR, simpan halaman. Salin prompt, tukar bahagian [kurungan], tampal ke Gemini DELIMa.
…/bawa-pulang
Bank Prompt (PDF) + slaid ini
Dinding komitmen · KOPI Live
"Satu prompt KOPI yang saya akan cuba minggu depan ialah…"
Komitmen anda akan muncul di sini…
KOPI Live
…/j
Imbas atau taip alamat di atas · tiada log masuk
0 jawapan
Penutup
AI merancang. Guru menyemak. Murid berfikir.
Terima kasih kerana membancuh KOPI bersama. Lihat semula bank prompt di …
Muhamad Haziq bin Hasan · haziq.hasan@moe.gov.my
Klik / → untuk seterusnya
1 / 35
Tetapan KOPI Live
Masukkan kunci penceramah supaya slaid boleh membuka soalan secara automatik dan menyembunyikan jawapan.
PIN Kahoot
Taip PIN yang dipaparkan oleh Kahoot selepas anda tekan Start.